awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura gantung import telur puyuh Malaysia, dakwa ada sisa dadah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/10/2019
13:11 MYT
Singapura gantung import telur puyuh Malaysia, dakwa ada sisa dadah
Dadah nicarbazin didakwa dikesan pada telur puyuh yang diimport dari Malaysia. -Gambar hiasan
Singapura bertindak menggantung pengimportan telur puyuh dari sebuah ladang penternakan di Malaysia.
Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata ia susulan penemuan sisa dadah pada telur puyuh dari ladang Telic Farm.
Memetik laporan The Straits Times, SFA pada Sabtu lalu berkata dadah nicarbazin yang digunakan untuk mencegah burung daripada bertelur atau menyebabkan burung menghasilkan telur yang tidak boleh menetas, dikesan dalam telur puyuh berkenaan bulan lalu.
Nicarbazin juga digunakan bagi menghalang jangkitan penyakit parasit dalam ternakan unggas.
Pekeliling berkenaan penggantungan tersebut sudah dipaparkan pada pada laman web SFA pada 30 September lalu, menurut laporan Channel News Asia.
 Pekeliling berkenan penggantungan tersebut sudah dipaparkan pada pada laman web SFA pada Isnin lalu, menurut laporan Channel News Asia.
Pekeliling berkenan penggantungan tersebut sudah dipaparkan pada pada laman web SFA pada Isnin lalu, menurut laporan Channel News Asia.
“Penggantungan tersebut berkuat kuasa sehingga SGA mendapat pengesahan bahawa ladang itu mengambil langkah bagi memastikan telur mereka yang dikeluarkan tidak mengandungi sisa dadah dan selamat untuk dimakan,” kata SFA.
Pada tahun lalu, Singapura mengimport kira-kira 17 juta telur puyuh segar dari ladang Telic Farm yang merupakan 20 peratus daripada bekalan yang diperlukan negara tersebut.
SFA juga berkata selain mendapatkan bekalan telur puyuh dan sudah diproses daripada penternak tempatan, Singapura juga mendapatkan bekalan dari beberapa negara seperti Malaysia, China, Taiwan dan Vietnam.
Topic Berkaitan
#Agensi Makanan Singapura
#Dadah
#gantung
#import
#ladang penternakan
#nicarbazin
#SFA
#Singapura
#Telic Farm
#telur
#telur puyuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan