Kementerian Per­da­gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menge­luarkan notis amaran kepada sebuah restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksmana di sini, semalam.

Pengarahnya, Jaiya Abu berkata, notis itu bagi meminta pengusaha itu menge­mu­­ka­kan doku­men tunjuk sebab selepas premis perniagaan tersebut tular gara-gara menge­nakan caj RM18 bagi satu jag sirap ais.

Menurutnya, pihak­nya telah pergi ke restoran tersebut untuk am­bil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.

“Kita telah buat pemeriksaan dan men­dapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.

“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mem­punyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya.

 Seorang pelanggan yang tidak puas hati menunjukkan resit pembayaran.

Jelasnya, hasil pemeriksaan itu satu notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti­pencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk mak­lum balas.

Selain itu pengusaha restoran turut diarah menge­mukakan doku­men tunjuk sebab mem­babitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.

“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tun­juk mak­lum balas harga hidangan itu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila air sirap dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.

BACA: Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!