awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sirim terima pengiktirafan pada Anugerah Tenaga ASEAN 2019

Bernama
Bernama
05/09/2019
20:54 MYT
Sirim terima pengiktirafan pada Anugerah Tenaga ASEAN 2019
Anugerah Tenaga ASEAN adalah badan pengiktirafan merangkumi 10 negara bagi amalan terbaik dalam pembangunan industri tenaga di rantau ini. Gambar - [email protected]
Sirim Bhd, yang merupakan sebuah agensi penyelidikan dan teknologi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menerima pengiktirafan Anugerah Tenaga ASEAN 2019 pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Tenaga ke-37 dan Mesyuarat Berkaitan di Bangkok.
Pengiktirafan itu diberikan di bawah kategori penyerahan khas adalah bagi projek bertajuk 'Bio Mampat-Gas Asli untuk Mobiliti Hijau dan Penjanaan Tenaga dalam Industri Kelapa Sawit ' yang membabitkan amalan terbaik bagi penjanaan tenaga daripada biogas yang tidak dipakai.
"Projek itu bertujuan untuk menghasilkan bahan api alternatif yang mematuhi piawaian automotif dan menggalakkan pengurangan aktiviti gas rumah hijau.
"Ia juga menunjukkan bahawa Gas Bio-Asli (BioNG) boleh dikeluarkan pada skala separa komersial serta untuk mengukuhkan pengkomersilan BioNG sebagai bahan api alternatif kepada loji janakuasa diesel dan pengguna industri," kata SIRIM dalam satu kenyataan pada Khamis.
BioNG merupakan gas asli yang terhasil daripada sisa bio seperti sisa minyak sawit, makanan atau industri.
Projek BioNG SIRIM membabitkan reka bentuk, pembinaan, pentauliahan dan operasi sebuah kilang komersial di Merotai, Tawau, Sabah untuk menghasilkan biogas yang dijana daripada efluen kilang minyak sawit.
Presiden SIRIM dan Ketua Eksekutif Kumpulan Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani menerima pengiktirafan itu daripada Menteri Tenaga, Tenaga Manusia dan Industri Brunei Datuk Seri Setia Dr Awang Mat Suny Md Hussein.
Anugerah Tenaga ASEAN adalah badan pengiktirafan merangkumi 10 negara bagi amalan terbaik dalam pembangunan industri tenaga di rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Bangkok
#Brunei
#diesel
#minyak
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan