Sistem Parol yang dilaksanakan di negara ini sejak 2008 membuka peluang kedua untuk banduan memulakan hidup baharu bersama keluarga mereka serta masyarakat.
Berdasarkan statistik, seramai 16,500 banduan yang kebanyakannya belia selesai menjalani Sistem Parol dan sejak perlaksanaannya, sebanyak 26,000 permohonan telah dipertimbangkan untuk menjalani sistem ini.
Pencapaian sistem ini baik apabila sebanyak 99 peratus daripada Orang Diparol (ODP) memperoleh pekerjaan manakala kadar residivis (berulang melakukan jenayah) ODP adalah di bawah 0.51 peratus.
Secara umumnya, masyarakat masih belum memahami pelaksanaan Sistem Parol yang dibuat oleh Jabatan Penjara yang turut dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.
Ikuti temu bual wartawan Bernama bersama Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar mengenai perlaksanaan Sistem Parol di negara ini:
BERNAMA: Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Parol?
ZULKIFLI: Sistem Parol adalah satu pelepasan secara Perintah Parol, yang mana penghuni yang layak boleh memohon dilepaskan bagi menjalani baki hukuman di luar penjara.
Pelepasan ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Parol dan ia merupakan kesinambungan kepada program pemulihan dalam penjara iaitu Program Pembangunan Insan (PPI) yang mana 90 peratus banduan perlu mengikuti program ini.
Selain itu, Sistem Parol juga bertujuan memudahkan penerimaan penghuni dalam kalangan keluarga serta masyarakat dalam proses memulihkan mereka (penghuni).
Sejak bila Sistem Parol ini dilaksanakan?
Sistem Parol dilaksanakan melalui pindaan Akta Penjara 1995 pada tahun 2008 yang dikuatkuasakan pada 30 Jun 2008.
Pelepasan secara Perintah Parol yang pertama adalah seramai 64 orang banduan pada 26 Julai 2008.
Bagaimana proses untuk seorang penghuni boleh mendapat Sistem Parol?
Apabila seseorang penghuni dimasukkan ke penjara, penghuni akan dimaklumkan sama ada kesalahannya layak untuk dipertimbangkan pelepasan secara Perintah Parol setelah penghuni selesai menjalani separuh daripada hukuman.
Langkah seterusnya ialah institusi akan mengemukakan laporan parol ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Jawatankuasa Penilaian dan Semakan di peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia akan menilai kelayakan seseorang penghuni untuk membolehkannya menjalani Parol berasaskan Dosir (profil individu).
Dosir (profil individu) penghuni dimajukan kepada Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Jika permohonan diluluskan, Lembaga Parol akan mengeluarkan Perintah Parol ke institusi penjara di mana penghuni tersebut menjalani hukuman.
Sekiranya permohonan tidak diluluskan, penghuni berkenaan layak memohon semula selepas enam bulan dari tarikh penolakan oleh Lembaga Parol.
Adakah semua banduan dibolehkan untuk memohon sistem Parol?
Umumnya kebanyakan kesalahan yang boleh diparol adalah seperti kesalahan mencuri, pecah rumah manakala kesalahan-kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual Keempat Akta Penjara seperti kesalahan merogol, liwat, hukuman mati dan sebagainya adalah tidak boleh diparol.
Penghuni layak untuk dipertimbangkan bagi pelepasan secara parol jika memenuhi syarat-syarat ini:
1 - Menjalani separuh daripada hukuman.
2 - Menjalani program pemulihan seperti yang telah ditetapkan oleh Komisioner Jeneral Penjara.
3 - Mendapat sokongan keluarga.
4 - Terdapat perancangan pekerjaan selepas banduan dilepaskan secara Perintah Parol.
Adakah pelaksanaan Sistem Parol ini terjamin selamat?
Pemantauan akan dibuat oleh Pegawai Parol terhadap ODP sepanjang menjalani parol dan mereka diwajibkan mematuhi 41 syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Parol.
Antara syarat ialah ODP tidak dibenarkan ke luar negara dan diwajibkan mengikuti program pemulihan yang diatur oleh Pegawai Parol.
Pegawai Parol akan membuat pemantauan berdasarkan tahap keseriusan jenayah yang dilakukan, ada di antara mereka akan dilawat seminggu atau sebulan sekali.
Adakah Datuk Seri berpendapat bahawa dengan mengikuti segala program pemulihan yang ada di penjara, seorang bekas penghuni itu bersedia untuk hidup dalam masyarakat kelak?
Apa-apa pun sistem yang dikemukakan bukan jaminan 100 peratus penghuni akan pulih sepenuhnya. Selain bergantung kepada individu itu sendiri, peranan anggota keluarga dan masyarakat juga dituntut sama.
Faktor pemangkin bagi kejayaan pelaksanaan Sistem Parol ini memerlukan kerjasama kita semua iaitu masyarakat secara keseluruhannya:
i. Sokongan daripada keluarga penghuni sendiri dalam menerima penghuni untuk meneruskan kehidupan bersama seperti keadaan normal.
ii. Sokongan daripada saudara-mara dan jiran dengan menerima perubahan positif yang telah ditunjukkan oleh penghuni.
iii. Sokongan daripada majikan dalam memberi peluang pekerjaan bagi penghuni.
iv. Sokongan daripada masyarakat dalam membantu membimbing penghuni untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat khususnya badan-badan bukan kerajaan yang diberi geran bantuan oleh kerajaan.
v. Bimbingan pegawai agama atau imam dalam memberi pengetahuan dari aspek keagamaan dan kerohanian serta memantapkan pegangan jati diri banduan daripada mengulangi kesalahan.
Ini bermaksud program pemulihan dan pembinaan diri semula ODP diteruskan 'dalam masyarakat bersama masyarakat' bersesuaian dengan proses integrasi yang perlu dilalui penghuni.
Selepas sembilan tahun perlaksanaan Sistem Parol ini, apakah harapan Datuk Seri terhadap sistem ini?
Saya berharap pelaksanaan Sistem Parol ini akan berjalan lancar kerana ia akan menguntungkan negara dengan penjimatan kewangan negara, mencegah bebanan residivis, dan memberi pendidikan kepada orang awam.
Saya amat positif dengan sistem ini setelah ia menunjukkan kejayaan. Walau bagaimanapun, ia perlu dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa agar terus relevan di negara ini dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan memastikan negara selamat.
Sistem Parol yang dilaksanakan di Malaysia diharapkan dapat memberi kesan positif bukan sahaja terhadap statistik penghuni yang berjaya menjalani Perintah Parol tetapi kebolehan mereka meneruskan kehidupan yang normal bersama masyarakat.
Selain itu, sokongan daripada masyarakat terutamanya keluarga banduan, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran setempat juga turut memainkan peranan dalam proses pemulihan penghuni yang masih menjalani hukuman di luar tembok penjara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2017
Masyarakat masih belum memahami pelaksanaan Sistem Parol yang dibuat oleh Jabatan Penjara yang turut dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Ia selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.