awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siswazah terima gaji paling tinggi di Kuala Lumpur, Melaka paling rendah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/12/2019
11:58 MYT
Siswazah terima gaji paling tinggi di Kuala Lumpur, Melaka paling rendah
Statistik Siswazah 2018 yang dikeluarkan melibatkan 4.96 juta individu yang diklasifikasikan sebagai siswazah pada umur seawal 15 tahun. - Gambar BERNAMA
Laporan Siswazah 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan gaji purata siswazah meningkat daripada RM4,676 kepada RM4,897 atau sebanyak 4.7 peratus berbanding 2017.
Menurut laporan, statistik berkenaan diperoleh hasil tinjauan Gaji dan Upah yang mengumpul maklumat berkenaan gaji dan upah bulanan mengikut pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf bagi pekerja bergaji.
Daripada laporan tersebut, siswazah berumur 45 tahun dan ke atas menerima gaji penengah dan purata tertinggi dengan masing-masing sebanyak RM6,859 dan RM8,199.
Laporan Siswazah 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
Laporan Siswazah 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
Sementara, siswazah berumur 24 tahun dan ke bawah menerima gaji penengah dan purata terendah iaitu masing-masing RM2,112 dan RM2,320.
Bagi kategori jantina, siswazah lelaki menerima gaji penengah dan purata bulanan yang lebih tinggi iaitu masing-masing RM4,335 dan RM5,475.
Manakala, siswazah perempuan menerima gaji penengah berjumlah RM3,727 dan gaji purata sebanyak RM4,369.
Walaupun gaji purata siswazah perempuan lebih rendah berbanding lelaki, namun kenaikan gaji purata siswazah perempuan menunjukkan peratusan lebih tinggi iitu sebanyak 7.2 peratus berbanding 2017.
Laporan tersebut juga menyatakan siswazah yang bekerja di Kuala Lumpur menikmati bayaran gaji dan upah paling tinggi dengan gaji purata dan penengah masing-masing sebanyak RM6,424 dan RM4,654.
Sementara, siswazah yang bekerja di Melaka menerima gaji dan upah paling rendah dengan masing-masing RM4,086 bagi purata dan RM3,127 (penengah).
Sektor perlombongan dan pengkuarian menawarkan gaji penengah dan purata tertinggi iaitu masing-masing sebanyak RM3,782 dan RM9,137.
Ia diikuti dengan sektor perkhidmatan dan pembinaan yang masing-masing menyaksikan siswazah menerima gaji dan upah sebanyak RM4,133 (penengah), RM4,976 (purata) serta RM3,782 (penengah) dan RM4,965.
Statistik baharu dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi siswazah itu berpandukan kepada konsep dan definisi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan International Standard Classification of Education 2011.
Topic Berkaitan
#gaji dan upah
#Gaji siswazah
#Graduan Malaysia
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Kuala Lumpur
#Laporan Siswazah 2018
#Malaysia Baharu
#Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan