Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meluangkan masa hampir 30 minit melawat Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber memaklumkan, isteri Perdana Menteri itu ingin melihat sendiri keadaan Muhammad Adib lantaran tidak berkesempatan melawat bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu lalu.

Beliau pada masa sama turut berpesan kepada semua anggota bomba untuk sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam ziarah itu, beliau diberi taklimat oleh pasukan pakar perubatan IJN berkenaan perkembangan terkini rawatan yang dijalankan. - Foto JBPM

Dalam ziarah itu, beliau diberi taklimat oleh pasukan pakar perubatan IJN berkenaan perkembangan terkini rawatan yang dijalankan.

Dr Siti Hasmah turut mendoakan agar Adib segera sembuh selain berharap keluarganya bersabar atas kejadian yang berlaku.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada pihak IJN yang bertungkus lumus merawat Adib.

Dr Siti Hasmah turut mendoakan agar Adib segera sembuh selain berharap keluarganya bersabar atas kejadian yang berlaku. - Foto JBPM

Dalam kejadian awal pagi Selasa lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

BACA: Adib tidak lagi bergantung pada mesin sokongan jantung - KP Bomba

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Muhammad Adib memang diserang dan bukan dilanggar jentera bomba yang sedang mengundur semasa insiden rusuhan di kuil itu pada awal Selasa.