Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada satu acara di sebuah hotel pada 2016.
Majistret Tawfiq Affandy Chin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di akhir kes pendakwaan terhadap Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim, 57.
Dalam keputusannya, Tawfiq berkata, pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah cacat kerana tidak dinyatakan secara spesifik bentuk halangan tersebut.
“Selain itu, melalui keterangan semasa perbicaraan, saksi pendakwaan bersetuju bahawa tertuduh memberikan kerjasama dan tiada bukti menunjukkan tertuduh menghalang pegawai JAWI menjalankan tugas sewaktu majlis makan malam di hotel itu,” katanya.
Tawfiq juga berkata tindakan tertuduh adalah sebagai seorang peguam yang melindungi anak guamnya dalam mempertikaikan ketiadaan waran tangkap ketika serbuan terhadap majlis itu.
“Dalam kes ini, JAWI seharusnya melakukan operasi mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu mengemukakan waran tangkap semasa serbuan dibuat.
“Tindakan serbuan yang dibuat adalah untuk kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan yang merupakan suatu kesalahan yang tidak boleh ditangkap tanpa waran. Namun demikian boleh diperhatikan kesalahan tersebut mengikut jenayah syariah ialah kesalahan yang boleh ditangkap.
“Walaupun serbuan adalah berdasarkan maklumat orang ramai, JAWI seharusnya menjalankan operasi secara berhemah. Mahkamah berpendapat acara tersebut dijalankan secara betul.
“Oleh itu mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan ini tanpa perlu dipanggil membela diri," kata Tawfiq.
Difahamkan, acara tersebut merupakan majlis makan malam tertutup yang melibatkan komuniti transgender di sebuah hotel di sini.
Seramai enam saksi pendakwaan termasuk mangsa iaitu pegawai JAWI dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan yang bermula pada 2017.
Mengikut pertuduhan, Siti Kasim didakwa dengan sengaja menghalang pegawai JAWI, Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 40, dalam melaksanakan tugasnya di sebuah hotel, di sini, pada 10.30 malam, 3 April 2016.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ashikin Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Suzana Norlihan Alias dan Rajsurian Pillai.
Peguam Arik Zakri Abdul Kadir hadir sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan manakala peguam Tay Kit Hoo untuk Badan Peguam Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 21 2020
Pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah cacat kerana tidak dinyatakan secara spesifik bentuk halangan tersebut. - Gambar BERNAMA
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Blogger bebas tuduhan buat, hantar video jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Jufazli di akhir kes pendakwaan.
Ahmad Fauzan syukur bebas tuduhan ubah wang haram
Anak kepada bekas Exco Kerajaan Johor bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang kekal melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan pengubahan wang haram.
Bekas CEO EMGS bebas tuduhan dapatkan suapan bekal kurma untuk Ramadan
Wafiy Abd Aziz dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mendapatkan suapan untuk bekalan 'Kurma For Ramadan Gift', empat tahun lepas.
"Alhamdulillah, saya dapat jadi wali" - Ismahalil sebak masih diberi peluang
Ismahalil Hamzah menyatakan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk menjadi wali bagi majlis perkahwinan anak sulungnya, Saidatul Nadiah.
Penyanyi Jason Lo kekal bebas tuduhan dadah
Penyanyi Jason Lo kekal bebas atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya.
Kronologi kes Shafee berhubung pengubahan wang haram RM9.5 juta dan LHDN
Hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee di akhir kes pendakwaan.
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan itu.
Donald Trump bebas tuduhan hasut penyokong merusuh
Senat Amerika Syarikat membebaskan Donald Trump daripada pertuduhan bertanggungjawab menyebabkan rusuhan di Bangunan Capitol, Washington DC 6 Januari lalu.
Siti Kasim lepas bebas tuduhan halang tugas pegawai JAWI pada jamuan transgender
Majistret Tawfiq Affandy Chin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan.