Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima hari lalu sebelum mayatnya ditemui di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mayat Allahyarham Siti Kharina, 40, juga ditemui dalam berpakaian tidak lengkap dengan keadaan terbaring di atas lantai unit berkenaan yang dipercayai turut disewa mangsa.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan di sekitar kondominium terbabit membawa kepada penemuan beberapa bahan bukti termasuk pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
"Siti Kharina ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di bahagian dada dan leher di kondominium Third Avenue di Cyberjaya kira kira pukul 4.20 petang pada Rabu," kata beliau dalam sidang media pada Khamis.
Menurut Noor Azam, usaha merungkai misteri kehilangan Siti Kharina terjawab selepas polis menerima panggilan daripada orang awam yang datang untuk membaiki mesin basuh di unit berkenaan.
Orang awam berkenaan, kata beliau, terlihat darah mengalir keluar dari pintu rumah terbabit sebaik tiba di kondominium itu.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sehingga kini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Dalam masa sama, Noor Azam berkata, polis yang sedang menyiasat motif pembunuhan turut menahan dua suspek masing-masing warga Nigeria dan Pakistan bagi membantu siasatan.
"Suspek pertama wanita warga Nigeria ditahan dalam satu serbuan di Taman Damai Indah Cheras kira kira jam 3 pagi tadi
"Manakala suspek kedua lelaki warga Pakistan ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Rampai Setapak pada hari yang sama," kata beliau dalam sidang media di sini pada Khamis.
Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bagaimanapun, polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan.
BACA: Jururawat mati dibunuh: Suspek warga Nigeria, Pakistan ditahan bantu siasatan
Fareez Azman
Thu May 16 2019
Allahyarham Siti Kharina dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima hari lalu. - Gambar media sosial
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu
Siti Kharina Mohd Kamarudin dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima 5 hari lalu sebelum mayatnya ditemui.
Jururawat mati dibunuh: Suspek warga Nigeria, Pakistan ditahan bantu siasatan
Siti Kharina Mohd Kamarudin yang dilapor hilang 8 Mei, ditemui mati dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.