Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 oleh Akademi Pengurusan Asia (AAM), di sini hari ini.
Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Aldrin Abdullah dalam satu majlis bersempena Persidangan Antarabangsa Akademi Pengurusan Asia 2019 di USM.
Turut menerima pengiktirafan adalah produser dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Keusahawanan Selebriti 2019.
Terdahulu Siti Nurhaliza dalam ucapannya sebaik menerima anugerah itu berkata, beliau bersyukur dan sangat tersentuh dengan penghargaan yang diberikan terhadap insan-insan seni.
"Alhamdulilah syukur diberikan pengiktirafan ini, saya sangat tersentuh dengan mereka yang begitu menghargai insan-insan seni. Saya diberitahu USM sendiri menyediakan kursus pengajian dalam bidang seni dan ini menunjukkan seni itu luas dan ramai pihak dapat menimba ilmu dalam bidang seni," katanya.
Penyanyi nombor satu negara itu turut menitipkan nasihat kepada golongan muda untuk terus berusaha menggapai apa yang diimpikan.
"Saya harap adik-adik yang masih bersekolah teruskan usaha sebab saya adalah anak kampung daripada Kuala Lipis, Pahang dan bercita-cita tinggi. Cita-cita saya menjadi kenyataan kerana dengan adanya usaha, adanya kesungguhan, adanya insan-insan di sekeliling kita yang memberikan input-input yang positif," katanya yang turut ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai eksekutif PLUS Malaysia Bhd, Datuk Azman Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Noor Azmi Mat Said dipilih menerima Anugerah Tahunan Tokoh Perniagaan 2019.
Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Seri Meer Sadik Habib dinobatkan sebagai Ahli Perniagaan Terunggul Tahun 2019 sementara Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak menerima Anugerah Alumni Terunggul.
AAM adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di USM sejak tahun 1994. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 08 2019
Siti Nurhaliza dan Rosyam Nor menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup 2019 daripada Akademi Pengurusan Asia (AAM). - Gambar Instagram SITI NURHALIZA
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Siti Nurhaliza, Rosyam Nor terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AAM
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 oleh Akademi Pengurusan Asia