awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SJKC tidak akan ditutup - TPM Zahid

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2017
10:59 MYT
SJKC tidak akan ditutup - TPM Zahid
TPM Ahmad Zahid (kiri) memakaikan beg sekolah baharu kepada seorang murid, Hang Yi Keong, 9, pada majlis penyerahan sumbangan peralatan sekolah di SJKC Chong San. -Bernama
Kerajaan tidak akan menutup walau satu pun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jaminan yang diberikan itu juga turut melibatkan 454 buah sekolah SJKC yang dikenal pasti sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).
Menurut beliau, kerajaan juga telah meluluskan pembinaan 10 buah SJKC di serata negara tahun ini, sekali gus menambah jumlah sedia ada iaitu 1,298 di sebalik wujud fitnah kononnya sekolah terbabit akan dihapuskan.
Tambah beliau, walaupun menyedari terdapat segelintir pihak mempertikaikan pelaksanaan sekolah itu, namun kerajaan berpendirian soal pendidikan perlu diberi keutamaan dan keharmonian kepelbagaian kaum di Malaysia perlu dihormati.
“Walaupun terdapat 454 Sekolah Kurang Murid daripada SJKC, tetapi kerajaan komited tidak menutup sekolah berkenaan.
"Ini merupakan satu dasar yang harus dijadikan sebagai satu panduan bahawa pihak kerajaan Malaysia tidak bezakan soal bahasa pengantara dan terus membantu sekolah-sekolah yang mengajar sekolah ibunda mereka.
"Ini secara langsung menolak tohmahan dan fitnah yang mengatakan kerajaan akan menutup sekolah-sekolah berkenaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program kembali ke sekolah di SJKC Chong San Sungai Burung, Bagan Datuk pada Jumaat.
Ahmad Zahid terdahulu telah menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Saadah dan meluluskan pembinaan masjid baharu di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#Sekolah Kurang Murid
#SJKC
#SKM
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan