awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SK Taman Perling guna sistem pengimbas wajah rekod kehadiran

Bernama
Bernama
01/01/2020
02:46 MYT
SK Taman Perling guna sistem pengimbas wajah rekod kehadiran
Zamri (dua kiri) berkata sekolah itu merupakan yang pertama di Johor menggunakan sistem pengimbas wajah untuk merekod kehadiran pelajar, guru dan kakitangan. - BERNAMA
Sekolah Kebangsaan Taman Perling, di sini, mengambil pendekatan berbeza pada musim persekolahan baharu tahun ini apabila memperkenalkan penggunaan sistem pengimbas wajah untuk merekod kehadiran pelajar, guru dan kakitangan sekolah itu.
Guru Besar sekolah itu Zamri Abd Wahab berkata aplikasi terkini itu digunakan supaya dapat melancarkan pengurusan seharian sekali gus mengurangkan beban kerja guru.
"Kami sentiasa terbuka untuk gunakan teknologi terkini selaras dengan pembelajaran abad ke-21," katanya ketika ditemui pada hari pertama persekolahan di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.
Zamri yang telah empat tahun berkhidmat di sekolah itu berkata sekolah itu merupakan yang pertama di negeri ini menggunakan sistem itu dan diharapkan dalam masa yang sama dapat menarik minat murid untuk mendekati atau mempelajari teknologi maklumat (IT).
Data yang direkodkan melalui sistem itu akan terus dimuat naik ke Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), yang bukan sahaja mengandungi rekod kehadiran murid tetapi juga maklumat peribadi mereka.
SK Taman Perling mempunyai sebanyak 1,034 murid yang termasuk prasekolah dan kelas pendidikan khas membabitkan dua sesi persekolahan serta 76 guru dan 12 kakitangan pengurusan dan sokongan.
Zamri berkata sistem itu yang menelan kos ribuan ringgit disumbangkan oleh sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan, Myrahub Foundation.
Pada masa depan, beliau berharap sistem yang sama dapat diguna pakai untuk merekod kehadiran ibu bapa serta pelawat yang dapat meningkatkan aspek keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi
#beban kerja guru
#pembelajaran abad ke-21
#pengimbas wajah
#rekod kehadiran
#sekolah
#SK Taman Perling
#teknologi
#Teknologi Maklumat
#Zamri Abd Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan