awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal lombong pasir Kajang: Kerugian didakwa mencecah jutaan ringgit

Hakim Rahman
Hakim Rahman
30/11/2017
20:02 MYT
Skandal lombong pasir Kajang: Kerugian didakwa mencecah jutaan ringgit
Aktiviti melombong pasir dan batu secara haram di Kajang dipercayai dilakukan sejak 2014. - Sumber foto SPRM
Kerugian akibat kegiatan melombong pasir dan batu secara haram di Kajang diangggarkan mencecah jutaan ringgit memandangkan ia dilakukan sejak 2014.
Sumber yang rapat dengan siasatan berkata, pemeriksaan pegawai Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian di kawasan tersebut mengesahkan berlakunya aktiviti melombong pasir dan batu secara haram di kawasan tersebut.
Katanya kegiatan tersebut didalangi oleh seorang pengarah syarikat bergelar jutawan yang memiliki kawasan perlombongan itu.
"Walaupun kawasan itu milik pengarah terbabit namun tindakannya melakukan aktiviti perlombongan merupakan satu kesalahan kerana mengikut undang-undang sebarang hasil bumi adalah milik kerajaan.
BACA: Lombong pasir haram: Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman
BACA: Tiga ditahan terlibat lombong pasir, batu secara haram sejak 2014
"Hasil siasatan juga mendapati syarikat tersebut yang tidak mempunyai permit juga tidak membayar royalti kepada kepada kerajaan," katanya kepada Astro AWANI, di sini malam tadi.
Pada Khamis, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan reman tujuh hari terhadap empat individu bagi membantu siasatan.
Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak projek.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani berkata setakat ini pihaknya telah merakam keterangan tujuh individu termasuk pekerja syarikat dan pemandu lori berhubung kegiatan perlombongan haram itu.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian
#lombong pasir
#Mahkamah Majistret Putrajaya
#Simi Abdul Ghani
#SPRM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan