Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada jam 10.25 pagi tadi.

Beliau turut ditemani peguamnya, Martin Tommy dan sekumpulan penyokong parti Warisan.

Difahamkan, kehadiran Peter ke pejabat SPRM adalah bagi membantu siasatan pembelian tanah di Tongod bernilai RM155 juta beberapa tahun lalu.

Kelmarin, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu untuk hadir ke pejabat pihak berkuasa bagi menyerah diri dan memberikan kerjasama berhubung siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, kelibat Micheal Persius masih tidak kelihatan setakat jam 10.40 pagi tadi.