Kementerian Sumber Manusia berhasrat memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial kepada kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bagi melindungi kebajikan mereka.
Menterinya M Kulasegaran berkata buat masa ini pihaknya sedang menunggu hasil kajian melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), yang dijangka siap pada April atau Mei ini sebelum memperkenalkan skim terbabit.
"Kajian untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ini bertujuan untuk mendapatkan pro dan kontra skim itu, kebaikan dan risiko yang dihadapi mereka.
"Selepas itu, kita (Kementerian Sumber Manusia) tengok apa yang kita boleh buat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Perkeso 2020 di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Amir Omar dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Kulasegaran berkata sebelum ini terdapat satu kajian dilakukan berhubung mengapa rakyat Malaysia cenderung bekerja di Singapura dan hasilnya mendapati bahawa gaji lumayan merupakan faktor utama rakyat Malaysia bekerja di republik itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, minat rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara bukan perkara baharu sebaliknya terdapat kira-kira sejuta rakyat negara ini bekerja di seluruh dunia.
Beliau dalam pada itu memberitahu, seramai 45,923 Orang Bekerja Sendiri (OBS) direkodkan sudah mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sejak 1 Jun 2017 sehingga semalam.
"Sewaktu SKSPS diperkenalkan pada 1 Jun 2017, ia dikuatkuasakan ke atas sektor pengangkutan penumpang sebagai permulaan iaitu pemandu teksi dan e-panggilan dan kemudiannya pemandu bas. Kini, SKSPS meliputi OBS di 20 sektor tidak formal.
"Walaupun secara relatifnya peratusan yang mencarum SKSPS terlalu kecil jika dibandingkan dengan 2.8 juta OBS yang layak, namun, trend pendaftaran dan caruman kian meningkat saban hari," katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan Kulasegaran turut menyampaikan sumbangan ang pau dan hamper kepada 14 anak yatim, 13 ibu tunggal serta sembilan penerima Faedah Hilang Upaya Kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 19 2020
Kulasegaran berkata, minat rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara bukan perkara baharu sebaliknya terdapat kira-kira sejuta rakyat negara ini bekerja di seluruh dunia. - Gambar fail
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil sekiranya berlaku kecuaian - IKIM
Mohamed Azam berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2024]
Antara fokus #AWANIpagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
PBB tidak boleh merancang operasi bantuan Gaza lebih awal kerana keadaan yang disifatkan sebagai tidak menentu.
Jiwa SME: Digitalisasi lonjakkan perniagaan Ahmad Foo pasca pandemik
Pengalaman menghadapi PKP memaksa Ahmad Fuad, pengasas restoran Ahad Foo-Halal Chinese Foodstyle, mengadaptasi menu untuk menarik lebih ramai pelanggan, sambil menekankan kepentingan adaptasi digital dalam era ekonomi yang mencabar.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Polis rakam keterangan KK Super Mart minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar tajaan JPA boleh tangguh pulang ke Malaysia untuk bekerja
Menurut JPA, tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian.
Bekerja dengan amanah, patuh ajaran Islam - Idris Ahmad
Amalan itu akan memberi manfaat seimbang, antara tuntutan dunia dan akhirat.
Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal
Hasil kajian melindungi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura oleh Perkeso dijangka siap pada April atau Mei ini.
Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.