awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim wang kutu tradisional tidak termasuk dalam akta - SSM

Bernama
Bernama
19/09/2018
21:28 MYT
Skim wang kutu tradisional tidak termasuk dalam akta - SSM
Menurut SSM jika didapati bersalah, penganjur boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Aktiviti skim wang kutu secara tradisional yang tidak bermotifkan keuntungan tidak termasuk dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan skim wang kutu tradisional hanya memberikan kembali jumlah yang disumbang mengikut giliran yang ditetapkan.
"Skim wang kutu tradisional biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan dalam kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu," kata kenyataan itu.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 melarang mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (atau dahulunya Akta Syarikat 1965) atau perniagaan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menjalankan aktiviti perniagaan berbentuk skim wang kutu.
Jika didapati bersalah, penganjur boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
SSM menegaskan aktiviti wang kutu yang mendatangkan hasil yang berlipat ganda berbanding sumbangan yang diberikan termasuk sebarang pulangan tambahan selain daripada wang sumbangan asal adalah termasuk dalam aktiviti yang dilarang dan tidak terkecuali daripada akta tersebut.
Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memaklumkan aktiviti main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, JSJK mendedahkan terdapat beberapa kes penganjur atau 'ibu kutu' menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#Malaysia
#SSM
#Suruhanjaya Syarikat Malaysia
#wang kutu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan