awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKIN batal bangunkan Sistem Imigresen Bersepadu - Muhyiddin Yasin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/12/2018
04:16 MYT
SKIN batal bangunkan Sistem Imigresen Bersepadu - Muhyiddin Yasin
MUHYIDDIN YASSIN berkata, kerajaan membuat keputusanmembatalkan pelaksanaan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bagi membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu.
Kerajaan membatalkan pelaksanaan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion bagi membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem tersebut akan dibangunkan dalam masa dua tahun dan keputusan itu diambil atas faktor keperluan untuk membangunkan sistem baharu yang lebih komprehensif, cekap serta menjimatkan dana kerajaan.
"Sistem itu akan mengantikan sistem MyIMMs dan sistem-sistem 'pacth-on' yang masih digunakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika ini sejak lebih 20 tahun lalu.
"Pembangunan sistem baharu ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dan ini akan diuruskan oleh KDN dan Kementerian Kewangan yang melalui syarat tertentu yang akan kita tetapkan," katanya dalam sidang media pada Sambutan Hari Imigresen 2018 pada Isnin.
Ditanya mengenai status kontrak SKIN, Muhyiddin berkata, perkara itu akan dirunding semula bersama syarikat terbabit.
"Keputusan itu sudah dimuktamadkan Kabinet, kita tamatkan atas sebab tertentu dan rundingan akan dilakukan bersama syarikat tersebut untuk membayar apa bentuk ganti rugi, pampasan dan sebagainya," jelas beliau.
Untuk rekod, Prestariang , melalui anak syarikatnya, Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSkin) telah memeterai perjanjian konsesi selama 15 tahun dengan kerajaan diwakili oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, bagi pelaksanaan SKIN.
Topic Berkaitan
#KDN
#Sistem Imigresen Bersepadu
#Sistem Kawalan Imigresen Nasional
#skin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan