Tutup

SKMM diminta main peranan kawal permainan video berunsurkan perang

SKMM diminta main peranan kawal permainan video berunsurkan perang
Ayob Khan mahu SKMM main peranan ke atas permainan video dalam talian berunsurkan peperangan. - Foto astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memainkan peranan lebih proaktif terhadap permainan video dalam talian terutamanya berunsurkan keganasan dan peperangan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak polis boleh mengambil tindakan tegas, namun SKMM perlu bertindak dahulu.
“Game-game macam ini lah saya kata, sosial media, medium kan. Orang akan mudah terpengaruh, orang akan terdorong, orang akan mencetuskan keinginan untuk mencuba.

“Pelaksanaan itu di mana? Dalam konteks ini, mungkin SKMM boleh mainkan peranan. Itu saya tidak boleh komen (sekatan di Malaysia). Ini bergantung kepada  SKMM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Turut hadir ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy.

Ayob diminta mengulas berhubung permainan video dalam talian berasaskan peperangan susulan serangan seorang pengganas yang secara kejamnya menembak mati 49 jemaah Islam di dua buah masjid berasingan di Christchurch, New Zealand pada Jumaat manakala 48 lagi dilaporkan cedera, yang dilihat seolah-olah menyamai kejadian berkenaan.


Tag: skmm, pubg, video game, pengganas, bukit aman, cawangan khas, sosial media, Facebook, Senator P Waytha Moorthy, Serangan Christchurch, tragedi solat masjid



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.