awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM sekat portal Sarawak Report

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2015
14:12 MYT
SKMM sekat portal Sarawak Report
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil keputusan menyekat laman web Sarawak Report.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil keputusan menyekat laman web ‘Sarawak Report’.
SKMM dalam kenyataan terbaharu di akaun Facebook rasminya berkata laman web berkenaan didapati memaparkan kandungan yang masih belum dipastikan kesahihan dan sedang dalam siasatan.
mcmc
mcmc
Kenyataan itu menyebut bahawa tindakan menyekat laman web berkenaan dilakukan SKMM mengikut peruntukan undang-undang selepas menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.
“Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas,” kata kenyataan itu.
SKMM dalam kenyataannya turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di laman sosial terutamanya kandungan yang belum dipastikan kesahihannya.
Tambahnya, kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.
Topic Berkaitan
#portal. laman web
#Sarawak Report
#sekat
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan