awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan kerabat diraja Arab Saudi kepada Malaysia tidak akan dilupa - Najib

Bernama
Bernama
02/03/2016
23:56 MYT
Sokongan kerabat diraja Arab Saudi kepada Malaysia tidak akan dilupa - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menghadiri majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah bagi menyampaikan ucaptama semalam sempena lawatan kerja ke Arab Saudi. - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak akan melupakan sokongan kerabat diraja Arab Saudi kepada negara sejak sekian lama.
Perdana Menteri berkata: "Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerabat diraja Arab Saudi atas sokongan mereka sejak berdekad lamanya. Kami sentiasa menghargai, dan tidak mungkin akan melupakannya."
"Daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta pendahulu-pendahulu Baginda yang dihormati, kami di Malaysia amat bertuah kerana berterusan mempunyai rakan yang dipercayai," katanya melalui akaun Facebook dan Twitternya malam tadi.
Sy berterima kasih kpd kerabat Diraja Arab Saudi atas sokongan mrk berdekad lamanya. Kami menghargai & tidak mungkin akan melupakannya (1/2)
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 2, 2016
Drpd Penjaga 2 Masjid Suci, Baginda Raja Salman Bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, Msia bertuah berterusan mempunyai rakan dipercayai (2/2)
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 2, 2016
Perdana menteri kini dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi selama empat hari sejak Isnin.
Beliau turut berharap Forum Ekonomi Jeddah (JEF) yang dihadirinya, serta lawatan kerjanya itu, adalah satu daripada pelbagai acara dan cara bagi Malaysia membalas serta memartabatkan lagi persahabatan dengan Arab Saudi dalam semangat wasatiyyah dan kerjasama.
Topic Berkaitan
#Aran Saudi
#Forum Ekonomi Jeddah
#Najib Razak
#Salman Abdulaziz Al-Saud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan