Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan operasi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria (pasar) bermula 15 Jun ini secara berperingkat di lokasi terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun beberapa perlu dipatuhi oleh peniaga dan pengunjung sepanjang pembukaan pasar berkenaan.

Ini prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semua pihak:

1: Syarat-syarat umum pemegang lesen:

a) Mempamerkan lesen di bahagian/sudut yang mudah dilihat di dalam kawasan petak gerai/kanopi.

b) Sentiasa hadir menjalankan dan mengawasi perniagaan. DILARANG sama sekali memindah milik atau menyewa atau menjual petak gerai yang dikeluarkan lesen.

c) Dilarang sama sekali menggunakan khidmat warganegara asing dalam aktiviti perniagaan.

d) Sentiasa menyelenggara dan memastikan petak gerai dan perkakas berkaitan perniagaan berada dalam keadaan bersih.

e) Mematuhi saiz petak gerai, tempoh dan waktu perniagaan yang diluluskan.

f) Sentiasa menjaga kebersihan petak gerai semasa, dan selepas waktu perniagaan. Sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat sebelum dibuang ke tempat yang dikhaskan.

g) Mempamerkan tanda harga barangan Jualan.

h) Pemegang lesen perniagaan adalah dilarang menggunakan polisterina, beg plastik sekali guna dan hendaklah menggunakan produk biodegradasi.

i) Produk biodegradasi yang dibenarkan adalah jenis klasifikasi biodegradasi atau compostable yang telah mendapat pensijilan SIRIM ECO-001:2018 atau SIRIM ECO-009:2016 daripada SIRIM Berhad.

j) Penggunaan straw plastik atau penyedut minuman plastik adalah dilarang.

k) Dilarang menjual barangan tiruan kepada orang awam di tapak perniagaan.

l) Sekiranya kawasan atau tapak perniagaan terlibat dengan pembangunan/penyusunan semula, DBKL berhak untuk membatalkan lesen penjaja yang dikeluarkan dan peniaga perlu berpindah/mencari tapak lokasi yang baru.

m) Datuk Bandar Kuala Lumpur berhak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan akta yang digunapakai dengan Jabatan/Agensi luar yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

n) Memperbaharui lesen sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum tarikh akhir tempoh lesen.

o) Melantik Pembantu (Maksimum 2 orang) warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Nota: Borang Lantikan Pembantu boleh diperolehi di kaunter Pelesenan, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja, Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

p) Peniaga dikehendaki menandatangi surat akujanji dengan DBKL sebelum memulakan perniagaan.

q) Peniaga makanan/minuman hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

i. Memakai pakaian bersih dengan penutup kepala, sarung tangan dan apron.

ii. Mendapatkan Suntikan Pelalian Tifoid dan menyimpan kad suntikan berkenaan. Peniaga yang telah mempunyai Kad Suntik Pelalian Tifoid hendaklah memastikan ianya masih sah tempoh.

iii. Mendapat Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) atau mana-mana Institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perlu mengemukakan Sijil Kursus Pengendalian Makanan tersebut kepada DBKL.

2. Syarat-syarat Khusus

1 Lokasi:
a) Hendaklah di kawasan terbuka dan/atau kawasan berpagar;
b) Mempunyai ruangan tempat letak kereta bagi memudahkan pengunjung;
c) Kawasan perniagaan boleh dikawal laluan masuk, laluan keluar dan perimeter;
d) Laluan masuk dan laluan keluar yang berbeza.

2 Kedudukan gerai:
a) Perlu mewujudkan jarak sosial minimum 8 kaki (± 2.5 meter) antara gerai;
b) Memenuhi syarat saiz petak yang telah ditetapkan seperti berikut:
i. Pasar Terbuka & Pasar Malam - Saiz Petak dan Gerai : 8’ x 8’ dan 6’ x 4’;
ii. Bazaria - Saiz Maksimum ialah 10’ x 10’ sahaja dibenarkan.

3 Penggiliran Perniagaan
Para peniaga dibenarkan beroperasi secara bergilir-gilir seperti berikut:
a) Penggiliran harian iaitu:
i. Penggiliran Set A : Setiap Selasa, Khamis dan Sabtu
ii. Penggiliran Set B : Setiap Rabu, Jumaat dan Ahad atau;
b) Penggiliran secara mingguan.

4 Struktur Gerai / Kanopi:
a) Menggunakan gerai ‘stainless steel’; atau Tray Aluminium;
b) Rekabentuk gerai hendaklah seragam;
c) Dilarang mendirikan struktur kekal di tapak.

5 Kawalan keselamatan, lalulintas dan pembersihan:
a) Kawalan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dibantu
oleh RELA (jika diperlukan);
b) Kawalan hendaklah diberi tumpuan kepada laluan masuk dan laluan
keluar serta perimeter.
c) Pembersihan kawasan pasar dan disinfeksi peralatan perlu dilakukan
setiap hari.

6 Kawalan kemasukan pengunjung:
a) Setiap pengunjung dimestikan membuat saringan suhu badan, menggunakan hand sanitiser dan sangat digalakkan menggunakan pelitup muka;
b) Pengunjung yang mempunyai suhu melebihi 37.5⁰ C dilarang sama sekali memasuki kawasan tapak niaga;
c) Pengunjung dimestikan memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi MY Sejahtera dan atau tulis buku pendaftaran bagi tujuan ‘contact tracing’;
d) Mestilah tidak terlibat sebagai PUS (Patient Under Surveillance) dan PUI (Patient Under Investigation) atau perintah kuarantin;
e) Bagi pengunjung yang mempunyai gejala batuk dan selsema dimestikan memakai pelitup muka;
f) Hanya dua (2) orang bagi satu keluarga sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan pasar;
g) Pengunjung mestilah berumur 13 tahun dan ke atas sahaja;
h) Tempoh yang dihadkan untuk berada dalam kawasan pasar hanya maksima 30 minit bagi setiap pengunjung;
i) Tempat beratur sebelum memasuki kawasan pasar dan hadapan gerai hendaklah ditanda dengan jarak 1 meter antara satu sama lain;
j) Digalakkan berurusniaga secara cashless.
k) Pergerakan dalam kawasan pasar mestilah terkawal secara sehala sahaja. Laluan pintu masuk dan keluar yang berbeza.
l) Kawalan bilangan pengunjung dalam pasar pada satu-satu masa adalah bergantung kepada saiz lokasi pasar seperti yang ditentukan oleh pihak DBKL.

7 Konsep Jualan hendaklah secara bungkus (take away) sahaja.

8 Waktu Perniagaan / Operasi adalah seperti jadual berikut:
- Pasar Malam 4.00 petang – 10.00 malam
- Pasar Pagi / Pasar Terbuka 6.00 pagi – 11.00 pagi
- Bazaria 5.00 petang – 11.00 malam

9 Kawalan Pematuhan Pengoperasian oleh Pelesen dan Pembantu/ Pekerja:
a) Digalakkan memakai pelitup muka dan pelindung muka;
b) Mesti memakai sarung tangan dan apron pakai buang;
c) Pelesen dan Pembantu/Pekerja yang mempunyai gejala batuk dan selsema tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada hari tersebut;
d) Mestilah tidak terlibat sebagai PUS (Patient Under Surveillance) dan PUI (Patient Under Investigation) atau perintah kuarantin;
e) Pelesen dan pembantu/pekerja yang mempunyai suhu melebihi 37.5⁰ C dilarang sama sekali memasuki kawasan tapak niaga;
f) Jumlah pelesen dan pembantu/pekerja di setiap gerai adalah terhad kepada tiga (3) orang sahaja;
g) Memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi MY Sejahtera;
h) Memastikan pelanggan di setiap gerai mematuhi penjarakan sosial 1 meter antara satu sama lain;
i) Menggalakkan pengunjung memakai penutup mulut dan hidung (face mask) semasa berurusan jual beli di tapak niaga;
j) Memastikan dan menjaga kebersihan diri dan tapak gerai adalah baik setiap waktu;

10 Tindakan Oleh Pelesen/ Penganjur:
a) Perlu menyediakan Pelan Lokasi yang mengandungi maklumat susun atur khemah, tanda jarak dan tanda arah;
b) Menentukan bilangan petak yang terlibat dalam operasi pembukaan semula pasar;
c) Menyediakan Jadual Pelesen yang terlibat.
d) Menyediakan peralatan yang diperlukan mencukupi bagi memastikan SOP ini dipatuhi.

11 Kawalan Operasi dan Penguatkuasaan:
a) Tindakan kompaun, sitaan alat-alat penjajaan atau penutupan serta merta sekiranya gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan.
b) Tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah peruntukan Akta dan Undang-undang Kecil berikut:
i. Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016;
ii. Undang-Undang Kecil Pelesenan Pasar (WPKL) 2016;
iii. Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016;
iv. Akta Kerajaan Tempatan 1976;
v. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974;
vi. Akta 342 Iaitu Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan 2020),
vii. Akta Polis 1967;
viii. Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

12 Tarikh Kuatkuasa SOP ini adalah bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 dan tertakluk kepada pindaan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.