Prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi pengurusan bencana alam seperti kemarau, gempa bumi, banjir, jerebu dan tsunami akan dikaji semula.
Langkah itu bertujuan menambah baik tindak balas terhadap sebarang bencana yang berlaku, demikian menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada Khamis.
Selain itu, menurut laporan tersebut usaha akan dibuat untuk memperkukuh pengurusan risiko bencana pada peringkat komuniti.
"Latihan menghadapi bencana dan latihan lain berkaitan pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti akan diadakan secara berkala bagi penduduk yang tinggal di kawasan cenderung bencana," kata kajian itu yang meliputi tempoh 2016-2017.
Menurut kajian itu, sistem bersepadu bagi ramalan cuaca dan banjir serta amaran awal banjir sedang dibangunkan manakala sistem amaran awal untuk pemantauan tsunami dan gempa bumi akan dipertingkat.
BACA: Ucapan Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11
Di samping itu, profil risiko bencana akan disediakan untuk mengenal pasti kawasan cenderung bencana.
"Profil ini akan membolehkan program pengurangan risiko dan adaptasi direka bentuk dengan lebih baik, lebih bersasar dan khusus mengikut lokasi," kata laporan itu.
VIDEO: Benarkah sistem amaran Tsunami gagal?
Ia seterusnya berkata standard dan kod bangunan juga akan dikaji semula bagi membolehkan pengurangan risiko diambil kira dalam pembangunan pada masa depan.
"Selain itu, dasar akan digubal sebagai panduan untuk menyokong dan memperkukuh pengurusan risiko bencana termasuk pengurangan risiko bagi memastikan negara mempunyai daya tahan terhadap bencana," kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
Latihan menghadapi bencana dan latihan lain berkaitan pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti akan diadakan secara berkala bagi penduduk yang tinggal di kawasan cenderung bencana. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
APM Sarawak jalani latihan awal, siap siaga hadapi banjir
Latihan awal itu dijalankan bagi memastikan semua logistik dan aset sedia untuk digerakkan ke tempat berlakunya kecemasan dan banjir.
JPSM diarah kenal pasti kawasan hutan berisiko tinggi dilanda bencana - Takiyuddin
JPSM juga diminta mengenal pasti kawasan Taman Eko Rimba dan hutan-hutan lipur yang belum dipasang dengan sistem amaran awal.
Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.
Hubungan UMNO-Bersatu: Amaran awal sudah saya berikan - Tun M
Tidak mudah bagi Bersatu sebagai sebuah parti baharu menjalinkan hubungan dengan sebuah parti yang kuat dan telah lama bertapak di negara ini.
"Sedut air selut bukan ugutan, cuma amaran awal," kata MB Kedah kepada Pulau Pinang
Kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air, kata Muhammad Sanusi.
Pengadil berat sebelah - Solskjaer
Tatkala United memburu gol kedua, Matic mengutip kad kuning kedua atas kekasaran kecil terhadap Ilkay Gundogan selepas dia terlebih dahulu menerima amaran awal kerana mengasari Riyad Mahrez.
150 NGO berdaftar di bawah Nadma bantu mangsa banjir
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pascabencana) Nadma, Mohamed Zahari Razali berkata setakat hari ini, terdapat 150 NGO berdaftar di bawah Nadma sejak penubuhannya pada 2014.
Selangor berada di peringkat amaran awal berkaitan jerebu
Selangor berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu dengan semua jenis pembakaran terbuka dilarang sama sekali.
Tiada amaran awal kerana tiada alat pengesan tsunami berpunca gunung berapi
Alat amaran awal tsunami milik BMKG adalah untuk mengesan tsunami berpunca dari pergerakan plat tektonik dan bukannya akibat gunung berapi.
SOP pengurusan bencana alam dikaji semula
Menurut kajian itu, sistem bersepadu bagi ramalan cuaca dan banjir serta amaran awal banjir sedang dibangunkan manakala sistem amaran awal untuk pemantauan tsunami dan gempa bumi akan dipertingkat.