awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD siasat pemandu KL2017 tiada lesen

Bernama
Bernama
20/08/2017
00:35 MYT
SPAD siasat pemandu KL2017 tiada lesen
SPAD dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Gambar hiasan
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil pihak pengurusan Kiffah Travel Tours Sdn. Bhd bagi membantu siasatan kes pemandu Sukan SEA 2017 (KL2017) daripada syarikat berkenaan yang dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.
SPAD, dalam kenyataannya berkata, pengendali dan pemandu yang terlibat dengan KL2017 harus mematuhi secara ketat keperluan pelesenanan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP).
Menurut kenyataan itu, lebih 100 anggota penguatkuasa SPAD akan dikerahkan ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.
"SPAD dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya," menurut kenyataan itu.
Bernama pada Jumaat melaporkan seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bola sepak wanita Myanmar ditahan selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.
Polis menerima aduan mengenai kehilangan jam yang ditinggalkan di dalam bas yang membawa pemain bola sepak wanita Malaysia ke Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam, Selangor pada pukul 10 malam, Khamis, sebelum menahan lelaki berusia 26 tahun itu.
Hasil siasatan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kiffah Travel Tours
#KL2017
#Kod Amalan Keselamatan Industri
#lesen memandu
#Mencuri
#pemandu bas
#SPAD
#Sukan SEA
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan