KUALA LUMPUR:Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau ada kuasa untuk mengubah atau mempengaruhi kedudukan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Jelasnya, apabila RUU 355 itu sudah berada dalam peraturan mesyuarat, maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada mendahulukan atau tidak kedudukan rang undang-undang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
"Ia (RUU 355) sudah ada dalam peraturan mesyuarat dan apabila ia ada dalam peraturan mesyuarat maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada ia mahu angkat balik atau tidak kerana Kerajaan ini walaupun dalam peraturan mesyuarat itu ada satu dua akta, tetapi esok dia boleh sisip lagi, lusa dia boleh sisip lagi.
"Kalau ikut peraturan mesyuarat kita kalau Kerajaan yang angkat (usul) dalam masa 24 jam pun boleh diberi masuk dalam," katanya dalam satu sidang media di Parlimen.
BACA: RUU 355: Hadi tinggalkan dewan sambil tersenyum tanpa sepatah kata
BACA: RUU 355: Zahid serah kepada Speaker tentukan nasib usul Hadi
Jelasnya, Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa urusan Kerajaan perlu didahulukan.
"Jadi usul dari ahli yang berhormat ini kalau menepati peraturan mesyuarat, itu sebab senaraikan dalam order paper. Apabila disenarai dalam order paper itu, ia tertakluk kepada mana usul yang telah dikemukakan dulu, maknanya mengikut turutan. Mana ahli berhormat yang buat usul, dan usul menepati segala syarat, maka kita masukkan dalam order paper," jelasnya lagi.
Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat andaian bahawa RUU 355 boleh dibahaskan dengan hanya berpandukan kepada turutan usul yang ada dalam aturan mesyuarat.
"Pada hari pertama sidang, cuma ada tiga rang undang-undang, keempat usul RUU 355. Jadi ada yang memikirkan bahawa ini memang sudah boleh dibahas.
"Saya tidak boleh kata ia boleh dibahas atau dibuat-buat kerana selepas rang undang-undang dibahas ada lagi, malah undang-undang sebelum ini pun belum datang dalam pengetahuan saya kerana mereka (Kerajaan) berhak berbuat begitu dalam 24 jam," jelas beliau lagi.
Namun katanya, dalam keadaan tertentu dan untuk kepentingan orang ramai, speaker Dewan Rakyat mempunyai budi bicara untuk membenarkan sesuatu usul dengan mengubah peraturan mesyuarat.
"Di situ baharulah saya boleh buat peraturan mesyuarat 15.5 contohnya," tambahnya.
Masuk hari ketiga perbahasan di Dewan Rakyat, usul dikemukakan Abdul Hadi berada di kedudukan kelima dalam aturan urusan mesyuarat.
Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU 355 akan dibahaskan sama ada sebelum atau selepas Bajet 2017 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 20 2016
Pandikar Amin juga mahu semua pihak tidak membuat andaian bahawa RUU 355 boleh dibahaskan dengan hanya berpandukan kepada turutan usul yang ada dalam aturan mesyuarat. - Gambar fail
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.
'Mereka yang tidak tahu ideologi ibarat penumpang dalam parti' - Mohamad Sabu
Beliau khuatir dengan situasi itu dan menegaskan Amanah secara jelas dan tegas meletakkan perjuangan mendukung Maqasid Syariah sebagai misi dan perjuangan parti.
Pas akui wujud 'ketakutan' terhadap RUU 355
Pas mengakui masih wujud 'ketakutan' sesetengah pihak terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.
Apa sahaja usaha martabat rakyat dan Islam akan diteruskan - Menteri Agama
Kata Mohd Na'im, ini termasuklah perihal Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
RUU355, RUU babit akta kawalan doktrin, agama akan dibentang kepada Kerajaan Negeri
Sepanjang 2020 dan 2021, jawatankuasa teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan kedua-dua RUU tersebut.
Apakah maksud Undi Tidak Percaya? Ini jawapan Pakar Perlembagaan
Undi tidak percaya adalah penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan.
Muktamar Pas ke-66: Medan ujian buat Pas selepas kembali menjadi parti kerajaan
Muktamar Tahunan Pas ke-66 melakar sejarah sejak parti Islam itu kembali berada dalam Kabinet kerajaan selepas 43 tahun.
RUU Mahkamah Syariah: "Yang kritik tu budak lagi" - Presiden Pas
Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas seperti Terengganu dan Kelantan sudah laksanakan RUU itu melalui peruntukan Enakmen Syariah sedia ada.
Kaum India tidak perlu bimbang dengan RUU 355
Warga bukan Islam harus sedar dan yakin bahawa RUU355 hanya membabitkan warga Islam dan tidak berkait dengan pelaksanaan hudud di kalangan warga bukan Islam.
Akta RUU 355 mampu cegah LGBT
Nasrudin Hasan berkata hukuman juga perlu ditingkatkan supaya ia memberi pengajaran yang mampu menimbulkan penyesalan.