awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Chini kepada SPR

Bernama
Bernama
08/05/2020
05:40 MYT
Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Chini kepada SPR
Notis itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Pahang Ahmad Fadzli Rohimi Suhaimi, yang mewakili pengarahnya Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Chini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun.
Notis itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Pahang Ahmad Fadzli Rohimi Suhaimi, yang mewakili pengarahnya Datuk Zamree Hamli pada 11.15 pagi, di Wisma Sri Pahang di sini.
Penyandang DUN Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, meninggal dunia pada 11.55 malam Rabu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi manakala calon PKR Mohamad Razali Ithnain dari PKR hanya mendapat 1,065 undi.
Abu Bakar yang ketika itu memperoleh 10,027 undi merupakan penyandang kerusi DUN tersebut sejak PRU ke-11, pada tahun 2004.
DUN Chini merupakan satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, yang disandang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Harun
#DUN Chini
#meninggal dunia
#pilihan raya
#sakit
#speakerpahang
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan