awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2015
00:44 MYT
Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda
Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal. - Gambar Fail
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda menganggap spekulasi kes pembunuhan model sambilan dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal, lapor The Malaysian Insider.
"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.
"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," Razak dipetik sebagai berkata oleh portal tersebut.
Razak dalam laporan portal itu dipetik sebagai berkata masih tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," jelas beliau.
Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.
"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.
Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".
"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."
Razak dilaporkan turut mengulas luahan hati ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Koperal Sirul Azhar Umar yang disiarkan akhbar Sinar Harian yang mengatakan anaknya "diperangkap".
"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.
Selain itu, Razak turut merujuk laporan pemilik akaun Facebook yang menggelar dirinya "Shuk Sz", 19, dan mendakwa sebagai anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul memuat naik status mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.
Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.
"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?
"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.
Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.
Namun pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi pada 2009 dan memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung. KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Topic Berkaitan
#Altantuya
#Azilah Hadri
#Razak Baginda
#Sirul Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan