awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2019: Pencapaian lebih baik, GTN 4.86

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
05/03/2020
03:08 MYT
SPM 2019: Pencapaian lebih baik, GTN 4.86
HABIBAH: Sebanyak 389,498 calon telah menduduki peperiksaan SPM dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,876 calon iaitu 2.28 peratus memperoleh keputusan cemerlang. - Astro AWANI
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.86 berbanding 4.89 pada 2018.
Pada masa sama, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar mencatatkan peningkatan GPN 0.01 pada 2019 berbanding 2018.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim, pencapaian calon luar bandar meningkat 0.44 peratus kepada GPN 5.14 berbanding 5.18 pada 2018, manakala pencapaian calon bandar ialah pada GPN 4.70 berbanding 4.75 pada tahun sebelumnya.
“Sebanyak 389,498 calon telah menduduki peperiksaan SPM dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,876 calon iaitu 2.28 peratus memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 8,436 calon (2.15%) pada tahun lalu.
“Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian iaitu gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan sebanyak 2,678 calon (0.79%) iaitu 77,038 calon (19.78%) pada tahun ini berbanding 74,360 calon (18.99%) pada tahun lepas.
“Selain itu, peratus calon yang layak menerima sijil SPM selepas lulus mata pelajaran wajib SPM, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 337,773 calon (86.72%) berbanding 338,350 calon (86.39%) pada tahun lalu,” katanya dalam sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2019 pada Khamis.
Mengulas lanjut, Habibah berkata, bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK), sebanyak 61.34 peratus daripada 860 calon layak dianugerahkan sijil manakala 56 peratus calon daripada jumlah keseluruhan menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.
“Sebanyak 87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi, (89.84%) calon menguasai kemahiran menganalisis, (79.89%) calon menguasai kemahiran menilai dan kemahian mencipta pula mencatatkan 89.91 peratus calon,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#bandar
#calon
#Habibah Abdul Rahim
#jurang pencapaian
#luar bandar
#peperiksaan
#sekolah
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan