Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata ia perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM).

“Memang setakat ini kita mewajibkan untuk pendaftaran kali pertama pelajar yang menduduki SPM untuk mengambil enam mata pelajaran, tetapi setakat ini memang boleh mendapat kelulusan kalau membuat permohonan kepada LPM untuk mengambil satu mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia.

“(Perkara) ini memang dalam sistem sekarang telah diizinkan. Saya rasa hairan kenapa seorang mantan menteri tidak tahu bahawa sekarang LPM memang boleh mengizinkan seseorang untuk mengambil satu mata pelajaran sama ada SPM atau SPM ulang pada bulan Julai tapi perlu dpt kelulusan daripada LPM,” katanya membidas soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat hari ini.

Ka Siong yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan dalam soalan tambahannya menegaskan SPM bukanlah peperiksaan terbuka kerana pelajar kali pertama masih wajib mengambil enam mata pelajaran bagi melayakkan mereka menduduki peperiksaan itu.

“Speaker, saya minta (jawapan) itu ditarik balik kerana itu bukan sesuatu yang dinyatakan oleh LPM. (Timbalan Menteri) tidak boleh cakap macam itu,” bidas Ka Siong.

Namun, Nie Ching menegaskan jawapan yang disebut beliau itu disediakan oleh LPM.

Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanya sama ada mereka yang mengambil satu mata pelajaran, Bahasa Malaysia layak untuk menerima sijil SPM, Nie Ching tidak menjawab soalan itu.

Mengulas lanjut di lobi Parlimen, beliau berkata perkara itu dirujuk semula kepada LPM.

Ini subjek-subjek SPM yang wajib. Antaranya ialah:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris / GCE O Level English
Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam
Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam
Sejarah
Mathematics / Matematik
Science / Sains – (Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja)
Subjek Sampingan

* Aliran Sains Tulen

Additional Mathematics / Matematik Tambahan
Physics / Fizik
Chemistry / Kimia
Biology / Biologi
English for Science and Technology
Aliran Sains Tulen Agama

Additional Mathematics / Matematik Tambahan
Physics / Fizik
Chemistry / Kimia
Biology / Biologi
English for Science and Technology
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
Bahasa Arab Tinggi
Aliran Sains Kemanusiaan

Additional Maths / Matematik tambahan
Physics / Fizik
Chemistry / Kimia
Biology / Biologi
English for Science and Technology
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Geografi
Aliran Iktisas

Additional Mathematics / Matematik Tambahan
Science / Sains
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Tasawwur Islam (Gambaran Islam)
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Bahasa Arab Tinggi
Aliran Perdagangan

Additional Mathematics / Matematik Tambahan
Additional Science / Sains Tambahan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Aliran Kesusasteraan dan Kesenian

Additional Science / Sains Tambahan
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Literature in English
Kesusasteraan Cina
Kesusasteraan Tamil
Pendidikan Seni Visual
Ekonomi Rumah Tangga
Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan

Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Punjabi
Bahasa Perancis
Bahasa Iban
Pengetahuan Sains Sukan
Sains Pertanian
Mata pelajaran Teknikal
Reka Cipta
Teknologi Maklumat