Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menyusun tatacara Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.
Agensi yang terbabit dalam libat urus itu ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan Jumaat lepas yang membincangkan beberapa perkara sekiranya tarikh PRK itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
''Sudah tentu kalau hari mengundi ketika PKPB berkuat kuasa, maka Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut, menggunakan cecair pembasmi kuman, memeriksa suhu badan dan sebagainya akan dilakukan.
''Itu adalah langkah-langkah yang akan dibuat... SPR akan terus lakukan libat urus dengan pihak-pihak berkenaan sehinggalah tarikh PRK itu hampir dan waktu itu, kita akan muktamadkan tatacara PRK tersebut,'' katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengenai keadaan DUN Chini yang ketika ini berada dalam Zon Hijau, Azhar berkata pihaknya akan mempertimbangkan banyak perkara berhubung keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan PRK kali ini.
Beliau berharap kawasan itu akan terus kekal sebagai zon hijau dan tiada sebarang jangkitan COVID-19 sehingga berakhirnya PRK.
"Kita tidak mahu zon hijau itu dicemarkan menjadi zon merah oleh kerana pilihan raya kecil," katanya.
DUN Chini kosong berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, dari Barisan Nasional di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada Khamis 7 Mei.
Notis kekosongan DUN itu diserahkan Speaker DUN Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad kepada SPR pada Jumaat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini, yang berada di bawah Parlimen Pekan, dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020
Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan Jumaat lepas. - Astro AWANI/Shahir Omar
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.
PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.
Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.
PRU15: Saya tidak tahu-menahu, dirunding mengenai bila pembubaran Parlimen - Azhar Harun
Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan, beliau tidak terlibat mahupun tahu mengenai tarikh pembubaran Parlimen.