Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turut memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalikan SPR adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu hari ini berikutan dakwaan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalkan pemerintahan sedia ada.
Di samping itu, tular yang tersebar di media sosial ialah mengenai imej gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya yang telah dikenal pasti sumbernya, kata beliau.
"SPR akan memastikan tiada sebarang penipuan atau penyelewengan berlaku dalam proses pilihan raya itu.
"Sebarang cubaan penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di Malaysia ini akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Mohd Hashim berkata SPR memandang serius dakwaan serta penularan mesej itu, dan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
Katanya SPR telah mengenal pasti bahawa sumber imej tersebut diambil daripada internet yang tersebar di sebuah negara jiran.
Menurutnya, sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk 'Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members' yang disiarkan pada 16 Dis 2013.
Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan, katanya.
Mohd Hashim berkata imej itu turut digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di negara ini dan menyebarkannya melalui aplikasi media sosial bagi menimbulkan kebimbangan dan persepsi negatif.
Malah ada yang membuat dakwaan bahawa ia telah memasuki pasaran negara ini untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang untuk memenangkan pihak tertentu, katanya.
Mohd Hashim menegaskan SPR akan mengambil langkah yang lebih ketat dengan memeriksa jari setiap pengundi secara lebih teliti bagi memastikan tiada elemen penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau berkata dalam setiap pengundian semasa pilihan raya, petugas SPR akan memeriksa jari-jari pengundi terlebih dahulu bagi memastikan tiada kesan dakwat atau minyak pada jari pengundi atau sama ada mereka memakai jari palsu sebagaimana yang ditularkan itu.
"Setelah dipastikan barulah jari pengundi tersebut dicelup dengan dakwat pilihan raya dan diberikan kertas undi," katanya.
Mohd Hashim juga menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang dengan perkara tersebut dan memberi sepenuh keyakinan serta kepercayaan kepada SPR untuk mengendalikan proses pilihan raya dengan adil dan telus.
"Orang ramai juga diminta berhati-hati, tidak mudah terpedaya atau mudah mempercayai sebarang mesej tular dan dakwaan yang tidak sahih bertujuan menimbulkan kebimbangan selain meragui kewibawaan SPR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2017
MOHD HASHIM: SPR memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam PRU akan datang. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.