Tutup

SPR kesan 74 kesalahan sepanjang lapan hari tempoh berkempen PRK Tanjung Piai

SPR kesan 74 kesalahan sepanjang lapan hari tempoh berkempen PRK Tanjung Piai
Bagi kategori kesalahan yang melibatkan taklimat, syarahan, ceramah, atau program, Barisan Nasional direkodkan membuat dua kesalahan, manakala Pakatan Harapan satu kesalahan. - Gambar fail
PONTIAN: Sebanyak 74 kesalahan telah direkodkan Pasukan Petugas Kempen Pilihan Raya (KK-KPR) sepanjang lapan hari tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, Barisan Nasional telah membuat 35 kesalahan berhubung bahan kempen, diikuti Pakatan Harapan (20), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (8), dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (2).
Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pihak yang bertanding menggantung atau mempamerkan bahan kempen di premis awam seperti di surau, perhentian bas sekolah, tanda arah, tiang elektrik, dan balai raya.

Bagi kategori kesalahan yang melibatkan taklimat, syarahan, ceramah, atau program, Barisan Nasional direkodkan membuat dua kesalahan, manakala Pakatan Harapan satu kesalahan.


Selain itu, SPR berkata, sebanyak 15 laporan polis telah dibuat berkenaan video ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang didakwa berunsur perkauman serta menyalahi undang-undang pilihan raya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung perjalanan PRK Tanjung Piai.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din dilaporkan sebagai berkata, siasatan telah dijalankan ke atas kes seperti bendera parti disabotaj, serta kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kes basikal lajak.

Beliau berkata, dua daripadanya telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.


Tag: Zahid Hamidi, Salahuddin Ayub, PRK Tanjung Piai, Tanjung Piai Memilih, Pakatan Harapan, GERAKAN, SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya, UMNO, Barisan Nasional, kesalahan pilihan raya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.