Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang serius laporan pihak yang mendakwa berlaku pelanggaran peraturan dan etika kempen pilihan raya seperti penggunaan aset kerajaan, kata pengerusinya, Azhar Azizan Harun.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Azhar berkata beliau sudah meminta Malaysian Corruption Watch (MCW) yang merupakan pemerhati Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, memberi maklumat dan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan susulan dapat diambil.
Ini susulan dakwaan kenderaan Jabatan Perhutanan digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk berkempen dalam PRK Cameron Highlands.
"Selain itu, SPR juga dimaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh calon Barisan Nasional pada 21 Januari 2019 bagi membolehkan satu siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.
"Sekiranya aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan dengan kesalahan, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau undang-undang lain yang berkaitan," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial video yang menunjukkan kenderaan dengan pelekat logo PH pada panel pintu kenderaan Jabatan Perhutanan digunakan semasa berkempen.
Pihak kerajaan Pahang sudah mengesahkan bahawa kenderaan berkenaan milik Jabatan Perhutanan dan meminta ia dipulangkan semula.
Arfa Yunus
Mon Jan 21 2019
AZHAR: Tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan yang tular itu benar-benar berlaku. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
PRK Kimanis: Warisan didakwa beri "sumbangan" pada hari pertama kempen
Tidak sampai 24 jam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bermula, timbul dakwaan bahawa Parti Warisan Sabah (Warisan) telah melanggar Akta Pilihan Raya.