awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam: Kawalan kebersihan, keselamatan di Batu Caves diperketat
Peminat banjiri Zoo Ueno pada tontonan terakhir panda Xiao Xiao, Lei Lei di Jepun
Pasangan pengantin Orang Asli teruja diraikan di majlis perkahwinan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM akan siasat 1MDB jika wujud unsur penyelewengan

Bernama
Bernama
09/03/2015
09:25 MYT
SPRM akan siasat 1MDB jika wujud unsur penyelewengan
SPRM akan menyiasat akaun 1MDB sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu daripada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebelum mengambil tindakan susulan.
"Cuba lihat semula kenyataan kerajaan oleh perdana menteri. Pihak audit akan masuk (dan menyiasat), memeriksa, dan mereka akan mengemukakannya (laporan) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)(Parlimen).
"Jika ada kes (penyelewengan), maka mereka akan membawa perkara ini kepada badan penguatkuasaan undang-undang (SPRM)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(Puspakom) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.
Puspakom merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom.
Dalam pada itu, Abu Kassim turut mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung status akaun 1MDB sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.
Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengarahkan ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Najib berkata Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang bersifat dwipartisan sepenuhnya.
Perdana menteri juga berikrar bahawa sekiranya terbukti ada sebarang salah laku, 1MDB akan berdepan tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abu Kassim
#dana pelaburan strategik
#Ketua Audit Negara
#PAC
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan