Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang dengan sikap golongan terpelajar terhadap rasuah apabila hasil kajian persepsi mendapati kira-kira 16 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa, kata Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil.
Beliau berkata angka itu diperoleh hasil Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah (KPKT) oleh SPRM di kalangan 1,000 mahasiswa di seluruh negara tahun lepas.
"Angka ini membimbangkan kerana kajian tahun 2015 menunjukkan 10.7 peratus dan tahun sebelumnya (2014) 11.3 peratus sahaja pelajar yang menyatakan kesanggupan menerima rasuah," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus universiti itu di sini, hari ini.
Seramai 15 dekan dan ketua jabatan UniMAP menandatangani dan melafazkan IBR diketuai Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang turut disaksikan pengarah SPRM Perlis, Yaacob Angah.
Kajian tersebut juga mendapati 18.2 peratus pelajar yang ditemui bersedia memberi rasuah agar mereka tidak dikenakan tindakan iaitu peningkatan sebanyak 0.8 peratus daripada 17.4 peratus pada tahun 2015, kata Shamsun Bahrin.
Beliau berkata kajian juga mendapati jumlah pelajar yang sanggup melaporkan kes rasuah merosot kepada 66.3 peratus berbanding 74.1 peratus pada 2015 dan 74.9 peratus pada 2014.
"Saya ingin mengingatkan, tak usah takut memberi maklumat kerana identiti pemberi maklumat dilindungi di bawah undang-undang Akta Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi," kata Shamsun Bahrin.
Katanya data SPRM daripada 2011 hingga sekarang menunjukkan hanya 162 individu berani tampil memberi maklumat berkaitan kes rasuah kepada agensi itu.
Menurut Shamsun Bahrin, SPRM melancarkan Kempen Wira Anti-Rasuah (WAR) dan menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di IPT, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Mara (IPMa) bagi mewujudkan budaya benci rasuah dalam kalangan golongan berkenaan.
Sementara itu, Zul Azhar berkata UniMAP berbangga kerana menjadi Universiti Awam (UA) kedua selepas Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) menandatangani dan lafaz IBR.
Katanya UniMAP juga menyerahkan kertas cadangan bagi menubuhkan Badan Beruniform Berkredit ''Troop Siswa SPRM UniMAP'' kepada Shamsun Bahrin yang mewakili SPRM.
Troop Siswa SPRM UniMAP bertujuan menerapkan budaya integriti dan benci rasuah dalam kalangan generasi muda di samping saluran untuk menempatkan pelajar UniMAP mengikuti latihan industri dengan SPRM di seluruh negara, kata Zul Azhar. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Data SPRM daripada 2011 hingga sekarang menunjukkan hanya 162 individu berani tampil memberi maklumat berkaitan kes rasuah kepada agensi itu. Gambar fail
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry
Jelas Zambry, teknologi berkembang semakin pesat pasca pandemik, menyebabkan sektor pendidikan juga perlu bergerak pantas.
COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry
Pihak pengurusan institusi pengajian tinggi diminta merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan KKM bagi langkah pencegahan COVID-19.
[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?
SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.
KPM rancang lantik guru kontrak - Pkharuddin
Perkara itu sememangnya menjadi antara perhatian KPM selain menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.
Universiti Teknologi PETRONAS terus cemerlang di peringkat global
UTP mendapat pengiktirafan global dan dinobat sebagai universiti terbaik di Malaysia dan institusi swasta terbaik ASEAN.
Gaji minimum intervensi dasar penting tingkat keberhasilan gaji - Tinjauan Ekonomi 2024
Intervensi dasar seperti dalam penetapan gaji minimum diperlukan dan penting dalam pasaran buruh antaranya untuk meningkatkan keberhasilan gaji.
'Mentaliti mesti terima ijazah untuk maju dalam kehidupan mesti diubah'
Mentaliti orang awam yang melihat pencapaian akademik sebagai jalan untuk maju dalam kehidupan perlu diubah memandangkan sebahagian besar pekerjaan yang wujud akan hilang pada masa akan datang.
Laluan Khas IPT: OKU hanya bersaing dalam kelompok sendiri
Syarat khas program pengajian itu adalah tertakluk kepada keputusan senat Universiti Awam termasuk bagi bidang undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.