Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka sebanyak enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, ia susulan kes berkenaan yang dibangkitkan baru-baru ini.

"Kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

"Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya. Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM," jelas kenyataan berkenaan.