Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai agama hari ini kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Johor.
Pegawai berkenaan yang masing-masing berumur 45 dan 55 tahun, bertugas di Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Johor Bahru.
Kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 4.15 petang ketika hadir untuk dirakam percakapan berhubung siasatan ke atas mereka.
Difahamkan seorang daripada mereka terbabit dalam persatuan yang menyelaras dan menguruskan jualan buku serta peralatan kepada 550 sekolah agama rakyat di Johor yang mempunyai kira-kira 175,000 murid.
Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima wang rasuah daripada syarikat percetakan yang dilantik persatuan itu sebagai balasan memberi projek mencetak buku dan kitab sekolah agama rakyat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta sejak 2015 sehingga sekarang.
Pegawai SPRM Johor kemudian turut menyita enam kenderaan milik kedua-dua mereka yang dipercayai dibeli daripada hasil wang rasuah yang diterima itu.
Antara kereta yang disita adalah Toyota Alphard, Chevrolet Malibu, Toyota Hilux, Mini Cooper, Honda CRV dan Perodua Axia.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata mereka dijangka direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk membantu siasatan, esok.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(b) Akta SPRM 2009, katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
SPRM Johor menahan dua pegawai agama hari ini kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat. - Gambar fail
Boleh mohon pas sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan
Menurut beliau, setiap bulan JIM Kelantan mengeluarkan 15,000 pas sempadan kepada penduduk di negeri ini.
Dunia AI tidak perlu perkakasan baharu – Sam Altman
Sam berkata peranti pintar dan juga komputer riba yang dilancarkan baru-baru ini sudah cukup bagus untuk keperluan kecerdasan buatan sedia ada.
Kos perubatan Faisal Halim ditanggung sepenuhnya
Segala kos perubatan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, yang mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat serangan asid akan ditanggung sepenuhnya.
Zainal Abidin sifatkan Faisal Halim individu kental
Legenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim sebagai individu yang berjiwa kental dan tidak mengenal erti putus asa.
Kekejaman Zionis: Aktiviti ketenteraan di Rafah mimpi ngeri kemanusiaan
Beliau menegaskan sebarang serangan ke atas Rafah akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah teruk, berpotensi menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang meluas.
'Faisal Halim bersemangat nak bangun, tak sabar kembali berlatih' - Shahril
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas pembedahan kedua yang dijalaninya pada Selasa malam.
Konflik Timur Tengah: China-Perancis kecam serangan di Rafah
Kedua-dua negara dalam kenyataan bersama sekali lagi menegaskan keperluan mutlak untuk melindungi orang awam di Gaza berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mengutamakan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat, melabur dalam asas kanak-kanak seperti peningkatan dalam pendidikan, pembangunan infrastruktur asas, dan peningkatan dalam sistem kesihatan mampu membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dalam jangka panjang.
[INFOGRAFIK] Dapatan Utama | Ranjau Sepanjang Jalan
Berikut adalah info berkenaan dengan Dapatan Utama: Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF.
AWANI Ringkas: Kadar kemiskinan masih di tahap tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM Johor tahan dua pegawai agama disyaki terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai agama hari ini kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Johor.