Skip to main content

Malaysia

SPRM kesan individu bantu perbicaraan kes SRC International

51575882774_TBPRESSSPRM.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang saksi bagi membantu perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berkenaan, Jerome Lee Tak Loong, 44, mempunyai alamat terakhir di 33A, Jalan Pinggiran Semarak Api, Sierramas, Sungai Buloh, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video