awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM lancar Ops Gergaji cari pembalak elak cukai

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2015
10:43 MYT
SPRM lancar Ops Gergaji cari pembalak elak cukai
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullan berkata operasi bersepadu itu melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. - Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan permulaan Ops Gergaji yang merupakan operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di negeri itu.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullan berkata operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai SPRM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
"Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak.
"Serbuan ini adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
SPRM, Balak
SPRM, Balak
Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram. - Foto SPRM
Jelas Mohamad Jamidan, daripada 48 lokasi yang diserbu, 27 adalah kilang papan dan logponds sementara selebihnya adalah premis-premis perniagaan yang terletak di enam kawasan di negeri itu.
"Di Miri kita menyerbu 13 premis, Kuching (12), Sibu (12), Bintulu (60, Bakun (3), Kapit (2) dan jumlah keseluruhannya adalah 48 premis.
"Sementara hasil serbuan setakat ini, sebanyak 375 akaun syarikat-syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah dibekukan.
"Dalam pada itu, sebanyak lebih 500 batang kayu balak juga telah disita oleh pihak SPRM. Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001," jelasnya.
SPRM, Balak
SPRM, Balak
Hasil serbuan setakat ini, sebanyak 375 akaun syarikat-syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah dibekukan. - Foto SPRM
Tegas Mohamad Jamidan lagi, operasi bersepadu ini membuktikan komitmen padu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memerangi kegiatan rasuah di dalam sektor pembalakan di samping membendung aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram yang berleluasa di Sarawak.
"Adalah dipercayai bahawa perbuatan ini ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
"Langkah ini juga bertujuan melindungi khazanah alam sekitar Negeri Sarawak.
"Kejayaan Ops Gergaji ini adalah hasil kerjasama yang erat anggota dan pegawai SPRM, Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.
Topic Berkaitan
#balak
#cukai
#Sarawak
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan