SPRM panggil 24 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang bantu siasatan

SPRM panggil 24 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang bantu siasatan
Mereka adalah kumpulan ketiga yang diminta hadir bagi memberi keterangan kepada SPRM. - Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) hari ini mengambil keterangan 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu lori.

Mereka adalah kumpulan ketiga yang diminta hadir bagi memberi keterangan kepada  SPRM.

Menurut sumber, semua penguat kuasa itu terdiri daripada anggota dan pegawai gred 19 hingga 32 itu hadir di Pejabat SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan kira-kira jam 9 pagi tadi.
Sabtu lepas, 22 penguatkuasa JPJ dipanggil untuk direkodkan keterangan namun hanya lima daripadanya ditahan reman pada Ahad.

Foto Astro AWANI


Mereka dipercayai turut terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri itu.

Setakat ini, lebih 50 tangkapan melibatkan anggota dan pegawai penguatkuasa JPJ serta orang awam dibuat bagi membantu siasatan kes tersebut.


Tag: SPRM, JPJ, rasuah, siasatan, Malaysia, lori hantu, tonto, JPJ Pulau Pinang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.