awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM panggil Najib Razak Selasa ini

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/05/2018
11:22 MYT
SPRM panggil Najib Razak Selasa ini
Terdahulu, dilihat pemimpin tertinggi UMNO serta beberapa ahli parti itu hadir melawat Najib. - Foto Sinar Harian
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung syarikat SRC International.
Beliau diminta tampil pada Selasa bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu yang dibuka semula.
"Ia bagi membantu siasatan terhadap kes aliran tunai dari SRC International yang dibuka semula," kata sumber kepada Astro AWANI.
Berikutan itu, notis memerintahkan Najib hadir telah diserahkan kepadanya petang tadi.
Sebelum ini, bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Malah, kertas siasatan yang berkaitan dikembalikan kepada SPRM selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup.
BACA: SPRM masuk kediaman Najib
Sementara itu, beberapa pegawai SPRM dilihat mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada jam 3.50 petang tadi.
Lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton Preve berwarna perak dengan membawa beberapa beg bimbit.
Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.40 petang.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Mohamed Apandi Ali
#Najib Razak
#Peguam Negara
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan