MALAYSIA
SPRM rakam keterangan Najib, Rosmah petang ini

Najib dan Rosmah dijangka diambil keterangan petang ini berhubung pendedahan rakaman audio oleh SRPM. -Gambar fail
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka diambil keterangan petang ini berhubung pendedahan rakaman audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, keterangan kedua-dua individu akan diambil di Akademi Pencegahan Rasuah selepas solat Jumaat.
Individu yang dirakam percakapan termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Klip audio itu dipercayai rakaman perbualan melibatkan Rosmah, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami