awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
Mahir menyanyi lagu Hindi, PM Anwar kini 'viral' di India, kata Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sahkan hantar pegawai ke Timur Tengah temui penderma dana RM2.6 bilion

Bernama
Bernama
07/12/2015
12:56 MYT
SPRM sahkan hantar pegawai ke Timur Tengah temui penderma dana RM2.6 bilion
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki (gambar) berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan. - Gambar Fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.
"Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, jika ada perkembangan terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.
Pada Sabtu lalu (5 Dis), SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM.
SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#RM2.6 bilion
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan