awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mark Carney jangka pentadbiran Amerika hormati kedaulatan Kanada
UEL: Emery gembira reaksi pemain pamer kebangkitan
BateriHub tersenarai dalam ASEAN Records sebagai rangkaian peruncitan bateri kereta terbesar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM selidik elemen salah guna dalam dokumen pertukaran tanah Mindef

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/05/2019
04:34 MYT
SPRM selidik elemen salah guna dalam dokumen pertukaran tanah Mindef
Azam Baki berkata siasatan akan ditumpukan bagi mengesan sama ada wujud elemen penyalahgunaan kuasa dalam projek itu. -Gambar hiasan
SPRM sedang meneliti semua dokumen berkaitan isu pertukaran tanah di bawah Kementerian Pertahanan, termasuk laporan audit yang diserahkan oleh bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan akan ditumpukan bagi mengesan wujud atau tidak elemen penyalahgunaan kuasa berhubung projek itu.
“Berhubung isu land swap ini, siasatan telah pun kita mulakan apabila laporan telah dibuat beberapa bulan dahulu ke pihak Pejabat Menteri Pertahanan dan kita sedang menjalankan siasatan berhubung dua kes yang sudah dilaporkan kepada kita.
“Dan apabila diumumkan lagi laporan audit, dan SPRM melihat kepada seluruh audit report yang dikemukakan kepada kita dan Datuk Seri Hishammuddin juga telah mengemukakan satu laporan lain," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup ‘Anti-Corruption Training’ untuk Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional (ONACC) Thailand, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan Kementerian Pertahanan membuat dua laporan kepada SPRM susulan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang mendedahkan 16 projek ‘land swap’ di bawah kementerian berkenaan.
Ditanya sekiranya bekas menteri pertahanan termasuk Hishammuddin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil bagi membantu siasatan, Azam berkata beliau tidak menolak sebarang kemungkinan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#kerajaan
#menteri
#operasi
#siasatan
#SPRM
#Thailand
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan