awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat semua kes termasuk cincin Rosmah - Abu Kassim

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2015
05:14 MYT
SPRM siasat semua kes termasuk cincin Rosmah - Abu Kassim
ABU KASSIM: SPRM siasat semua kes termasuk cincin Rosmah - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengamalkan pilih kasih di dalam siasatan dan tidak memberi pengecualian walaupun kes ia diklasifikan berprofil tinggi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, ia termasuk melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam siasatan pembelian cincin yang hangat diperkatakan pada 2011.
"Kita siasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh Rosmah satu jam selepas laporan dibuat pada SPRM pada 2011.
"Dua jam kemudian, saya menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu," katanya ketika dipetik Sin Chew Daily.
Kata Abu Kassim, pegawainya juga menghubungi Jabatan Kastam pada hari berikutnya dan mendapat pengesahan bahawa cincin itu dihantar balik ke New York.
"Ini kali pertama kami dedahkan perkara ini.
"Saya hendak beritahu kamu, kalau kami siasat isteri perdana menteri, apakah lagi ada kes yang kami takut untuk disiasat?" katanya.
Topic Berkaitan
#Abu Kassim
#cincin
#najib
#roamah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan