awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tidak tolak panggil Hadi bantu siasatan cek RM1.4 juta

Bernama
Bernama
23/03/2019
13:49 MYT
SPRM tidak tolak panggil Hadi bantu siasatan cek RM1.4 juta
Abdul Hadi berkemungkinan dipanggil dalam siasatan berhubung dakwaan bayaran RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. -foto Bernama
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan memanggil Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam siasatan berhubung dakwaan bayaran RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan kes itu masih berlangsung.
"Cukup saya katakan yang siasatan masih dijalankan... SPRM tidak pernah umum kata kes ditutup.
"Akan ada individu lagi yang akan dipanggil untuk bantu siasatan... berkenaan memanggil presiden PAS itu kami tak tolak... berkemungkinanlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran tayangan video pendek antirasuah di sini pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan pemberian cek RM1.4 juta itu dikatakan bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman melibatkan Abdul Hadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#mahkamah
#PAS
#Rasuah
#saman
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan