awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
16/09/2018
13:12 MYT
SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus
LIM: Kadar cukai terhadap kamera kita telah kurangkan kepada lima peratus, telefon pun kita telah kurangkan kepada lima peratus.
Kamera dan telefon adalah barangan terbaru yang kadar cukainya telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pengurangan kadar cukai itu diambil berikutan permintaan dari pihak industri untuk mengurang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap dua barangan berkenaan.
"Kadar cukai terhadap kamera kita telah kurangkan kepada lima peratus, telefon pun kita telah kurangkan kepada lima peratus.
"Pengurangan kadar cukai ini menjadikan cukai yang dikenakan terhadap dua barangan ini lebih rendah satu peratus berbanding kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Taklimat Pelaksanaan SST bersama Kastam, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.
Beliau juga menyatakan ketika ini, entiti perniagaan yang telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah sistem SST telah mencecah 100,000 dan dijangka jumlah ini akan terus meningkat.
Tambah Lim, kerajaan juga berhasrat untuk mengecualikan lebih 5,000 barang dan perkhidmatan dari SST berbanding 545 barangan yang dikecualikan cukai di bawah GST sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#JKDM
#kamera
#kastam
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#SST
#taklimat SST
#telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan