Kerajaan persekutuan akan membina sebuah stadium negeri bertaraf antarabangsa jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembinaan stadium itu antara perkara yang akan dimuatkan dalam manifesto BN Kelantan yang sedang dirangka.
"Kita akan kenal pasti tapak yang sesuai untuk membina stadium baharu tersebut sama ada di Pasir Puteh atau Machang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan peletakan batu asas pembinaan Pasar Selising di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembinaan stadium itu bagi memenuhi hasrat rakyat negeri ini berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas menunaikan janjinya untuk membina sebuah stadium baharu di Bukit Merbau di sini.
Beliau berkata antara perkara lain yang akan dimasukkan dalam manifesto BN Kelantan termasuklah tapak-tapak riadah dan rekreasi bagi golongan muda mengisi masa lapang.
Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan Kelantan walaupun diperintah parti pembangkang.
Beliau berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan antara yang terbesar kepada Kelantan pada setiap tahun sehingga melebihi peruntukan wajib dalam Perlembagaan negara.
"Antara projek terbaharu adalah peruntukan RM10 juta untuk mewujudkan taman awam masing-masing di Pasir Puteh dan Tanah Merah serta RM5.5 juta untuk membina Pejabat Majlis Daerah Kuala Krai.
"Ini tidak termasuk membina pasar baharu di Selising bernilai RM5 juta yang dapat memberi peluang kepada 70 peniaga untuk berniaga dan dijangka siap tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018
Mustapa berkata, antara perkara lain yang akan dimasukkan dalam manifesto BN Kelantan termasuklah tapak-tapak riadah dan rekreasi bagi golongan muda mengisi masa lapang. - Gambar fail
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Stadium negeri bertaraf antarabangsa jika BN menang di Kelantan
Pembinaan stadium itu antara perkara yang akan dimuatkan dalam manifesto BN Kelantan yang sedang dirangka.