awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Standing In The Eyes Of The World gandingan 30 bakat seni teguhkan hubungan AS-Malaysia

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
04/07/2020
07:31 MYT
Standing In The Eyes Of The World gandingan 30 bakat seni teguhkan hubungan AS-Malaysia
Selain Ella, antara pemuzik yang terlibat dalam projek ini adalah Muhardiman Ismail, Tony Memmel, Chris Rossi dan Zee Avi.
Sempena sambutan kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) yang disambut setiap 4 Julai, pihak kedutaan negara tersebut telah melancarkan video muzik baharu lagu malar segar Malaysia, Standing In The Eyes Of The World.
Menurut Pegawai Media dan Informasi Keduataan AS, Morgan J. O'Brien III, projek yang melibatkan lebih 30 bakat daripada kedua-dua negara itu menunjukkan komitmen Amerika Syarikat untuk memperkukuhkan hubungan bersama.
Jelasnya, projek lagu yang digubah oleh Helen Yap itu dipilih kerana kesesuaian dalam kerjasama yang mengetengahkan bakat-bakat tempatan di platform antarabangsa.
"Saya harap muzik video ini mewakili kepelbagaian dalam Amerika Syarikat dan Malaysia, saya juga fikir ini akan mewakili banyak jenis muzik dalam negara saya dan Malaysia," katanya ketika ditemu bual bersama Astro AWANI pada Sabtu.
Bagi penggubah lagu, Helen Yap, projek ini memberi peluang untuknya bekerja dengan lebih 14 penyanyi daripada empat zon masa di Malaysia dan Amerika Syarikat.
"Selalu dapat bekerjasama dengan artis lokal, tapi bila dapat bekerjsama dengan ramai pemuzik dari Amerika Syarikat, ia sangat menyeronokan, lebih-lebih lagi saya dapat kebebasan untuk berkarya," katanya.
Penyanyi asal lagu Standing In The Eyes Of The World , Ella Aminuddin turut bersama menyanyikan lagu yang telah diberi nafas baharu ini.
Selain Ella, antara pemuzik yang terlibat dalam projek ini adalah Muhardiman Ismail, Tony Memmel, Chris Rossi dan Zee Avi.
Video muzik tersebut telah dilancarkan pada 3 Julai dan mendapat lebih 4,600 tontonan di laman YouTube.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Astro Awani
#Ella
#Kemerdekaan Amerika Syarikat
#Malaysia
#Muzik Video
#Standing In The Eyes Of The World
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan