Jumlah kes baharu COVID-19 kembali kepada dua angka apabila 39 kes dilaporkan hari ini membabitkan 28 kes penularan tempatan menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 8,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada 28 kes penularan tempatan, 22 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala enam lagi adalah warga asing seperti berikut:

Sarawak – 19 kes:

Sabah: Dua kes saringan pesakit berisiko tinggi.

Kedah: Satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga.

Bagi kes jangkitan dalam negara enam kes dalam kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

Sarawak: Dua kes daripada Kluster Sentosa.

Kedah: Empat kes daripada Kluster PUI Sivagangga.

Sementara itu, bagi kes import pula katanya, membabitkan 11 kes melibatkan empat warganegara Malaysia dan tujuh warga asing seperti berikut:

Arab Saudi (1 kes di Sabah)
Ireland (1 kes di Kuala Lumpur)
Korea Selatan (2 kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Kuala Lumpur)
India (1 kes di Kedah)
Rusia (1 kes di Kuala Lumpur)
Amerika Syarikat (1 kes di Kuala Lumpur)
Amerika Selatan (1 kes di Sarawak)
United Kingdom (2 kes di Sarawak)
Filipina (1 kes di Labuan).







"Sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat enam kes pulih dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 8,607 kes atau 96.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Noor Hisham berkata, sehingga kini hanya satu kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal 124 kes.