Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Status FB Astro AWANI dimanipulasi

Status FB Astro AWANI dimanipulasi
Untuk rekod, Astro AWANI tidak pernah memuat naik ringkasan teks mahupun artikel berkenaan dalam bahasa Inggeris.
KUALA LUMPUR: Salah satu hantaran di Facebook Astro AWANI telah dimanipulasi hingga menimbulkan kekeliruan kerana maksudnya jauh berbeza daripada konteks sebenar.

Dalam hantaran asal pada sekitar jam 6.30 petang (Selasa, 25 Feb 2020) itu, Facebook Astro AWANI telah memuat naik pautan artikel bertajuk ‘Kesepaduan Malaysia dalam mendepani kecelaruan politik harus dipuji’.
Hantaran tersebut disertai ringkasan teks: ‘Di sebalik kemelut politik, rakyat Malaysia keseluruhannya tetap matang dan menolak tindakan keganasan.

Malangnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan paparan imej hantaran tersebut dalam terjemahan bahasa Inggeris dengan maksud yang tidak sama, iaitu ‘Despite the political turmoil, Malaysians as a whole have continued to rebel and resort to violence’.
Untuk rekod, Astro AWANI tidak pernah memuat naik ringkasan teks mahupun artikel berkenaan dalam bahasa Inggeris.

Pihak Astro AWANI mendapati bahawa kekeliruan itu terjadi apabila pihak tertentu menggunakan aplikasi terjemahan langsung menerusi Internet hingga memberi maksud yang salah dan negatif.

Pengguna Internet dinasihatkan supaya merujuk kepada laman web dan akaun media sosial rasmi Astro AWANI untuk mendapatkan berita sebenar.