awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid akan diteliti - Zulkifli
Lima maut dalam kebakaran di selatan India
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/12/2018
06:50 MYT
Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan
Sivarraajh berkata, beliau masih ahli Parlimen yang sah memandangkan Hakim Mahkamah Tinggi masih belum menghantar notis penghakiman kepada Speaker mengenai kekosongan kerusi itu. - Gambar fail
Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh diarahkan untuk meninggalkan persidangan Dewan Rakyat hari ini sehingga beliau memperoleh perintah penggantungan sementara terhadap keputusan mahkamah sebelum ini berhubung status kerusi Parlimen itu.
Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi duluan atau precedence yang boleh menjadi rujukan di masa akan datang sekiranya ia terjadi lagi.
"Jumpa dengan peguam atau pakar (undang-undang), sama ada rayuan yang difailkan ada penggantungan atau tidak. Ini amat penting.
"Otherwise, if there's no stay, you are a stranger in the House," kata Mohamad Ariff sewaktu memberi alasan membuat keputusan demikian.
Terdahulu, SN Rayer (PH-Jelutong) memohon ruling daripada Speaker memandangkan Jumaat lepas, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Sivarraajh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu terbatal ekoran berlakunya rasuah.
Melalui petisyen yang difailkan ahli DAP M. Manogaran pada 4 Jun lepas, beliau mendakwa Sivarraajh dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kini Menteri Besar Pahang, telah menghulurkan wang antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi Orang Asli di kawasan itu.
Sementara itu, Sivarraajh yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata, beliau masih ahli Parlimen yang sah memandangkan Hakim Mahkamah Tinggi masih belum menghantar notis penghakiman kepada Speaker mengenai kekosongan kerusi itu.
"Saya dah periksa, selagi hakim Mahkamah Tinggi tidak hantar judicial notice kepada Speaker, bagi memaklumkan bahawa kerusi Cameron Highlands telah kosong, saya masih ahli Parlimen yang digazetkan, saya masih boleh hadir.
"Tetapi YB Jelutong sengaja hendak malukan saya depan semua orang. Dia nak tunjuk power. Tak apa. It's okay," kata Naib Presiden MIC itu lagi.
Sivarraajh berkata, beliau juga mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan dan perintah 'penggantungan sementara' (stay order) kepada keputusan awal mahkamah diperolehi apabila beliau memfailkan rayuan secara rasmi.
Topic Berkaitan
#C Sivarraajh
#Cameron Highlands
#Dewan Rakyat
#kerusi Parlimen
#kosong
#Mohamad Ariff Md Yusof
#penggantungan
#pilihan raya umum
#Rasuah
#rayuan
#Speaker
#stay order
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan